Lagu

Selasa, 1 Disember 2015

Disember.


Disember.

Cepatnya waktu.

Membuka laju,
Semua kenangan lalu.

Yang mungkin tidak lagi untuk aku,
Simpan,
Semua yang tak perlu.

Manusia datang dan pergi,
Memori selalu menerjah diri,
Namun Tuhan masih di sisi,
Menenangkan jiwa dan hati,
Tanpa perlu diikat lagi hati ini,
Dengan benda yang tidak suci.

Andai terselit pengajaran,
Itulah hikmah kejadian,
Untuk disemat pengalaman,
Demi perubahan masa hadapan.

Lagi satu bulan,
Tahun baru datang,
Yang pastinya lebih lagi dugaan,
Untuk insan yang berdiri,
Di atas Bumi Ilahi.

Kuatkan semangat,
Semaikan keberanian,

Moga-moga hati,
Terus tabah,
Dalam menjalani kehidupan.


Salam Disember,
HalinaNasir.






Celaru

Dulu, ada hati
Sekarang dah jauh berlari
Lari bersama mimpi
Yang mungkin kini
Tak mampu aku kecapi

Pilu
Punah rasa rindu
Dengan seiringnya waktu

Mungkin
Takdir bukan milik kita
Biar dulu seketika
Kau bersama dia

Sungguh aku rela
Kau pergi saja
Cuma waktu seketika
Hatiku sakit juga

Tiada rasa yang harus diungkap
Memang tiada hati
Tapi masih retak hati
Bila lihat kau dia akrab

Biarkan saja
Aku tumpang bahagia
Melihat mereka bersama

Wahai diri
Kejarlah impianmu sendiri
Tiba waktu nanti
Dia yang lain pasti dampingi
Dirimu dengan kasih tiada banding.

Tuhan,
Hadirkan yang terindah di masa yang terindah.
Menantilah.

Jangan tergesa
Nanti kamu seksa.

;D



Isnin, 30 November 2015

Hati



HATI
.

Entah apa rasa hati.

.

Rasa tawar.

Malas pulak nak fikir pasal hati hahahahha!

.

Sebab apa?

Sebab tawar.

.

Tawar hati.

Nasib belum mati.



“Hati-hati dengan hati. Hati boleh merosakkan hati.”



Heart,

HalinaNasir.






Sabtu, 14 November 2015

Sedar


14. Nov. 2015
SEDAR.

Ya.
Dari situ aku sedar.
Dari situ aku mulai sedar.
Bahawa aku atau kita tak berhak untuk menghakimi dan menghukum orang lain.
Sama ada baik atau buruk kelakuannya.
Husnudzon.

Terima kasih pada Tuhan.
Terima kasih pada yang hadir.
Yang mengajar aku erti sesuatu.
Sesuatu yang buatkan aku tersedar.
Akan sesuatu yang aku harus sedar.

Allah tidak pernah lalai.
Setiap kejadian pasti ada hikmah yang berharga.
Seperti, KESEDARAN.
Dan kini pasti ku sedar.

2  Waktu itu hanya dipinjamkan untuk memberi kesedaran kepadaku. Terima Kasih. Terima kasih pada kenangan, terima kasih kerana hadirkan. Kesedaran..”

AkuYangBaruTersedar,
HalinaNasir.


Isnin, 14 September 2015

TEKNIK MEMBACA

Seterusnya saya nak berkongsi tentang teknik membaca. Selamat Mencuba ! :D


Terdapat 3 teknik membaca iaitu :


1.TEKNIK PEMBACAAN CEPAT
  • Teknik Skimming (Luncuran)
  • Teknik Scanning  (Imbasan)
2.TEKNIK SKIMMING
  • Maklumat atau bahan secara ringkas dan pantas
  • Tujuan: Maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen dan pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
CARA-CARA MEMBUAT SKIMMING
  • Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan dalam bahan atau dokumen tersebut
  • Membaca dengan pergerakan mata yang  dekat
  • Fokus pada bahagian tertentu di dalam buku tersebut seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
  • Memberi tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca 
3.TEKNIK SCANNING
  • Kemahiran membaca yang digunakan seseorang dalam mendapatkan maklumat yang lebih mendalam
  • Tujuan: Gambaran keseluruhan, jawapan kepada sesuatu persoalan dan kenal pasti isi keseluruhan sesuatu tajuk
CARA-CARA MEMBUAT SCANNING
  • Baca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
  • Baca kandungan setiap bab dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan
  • Fokus kepada rajah dan grafik yang ada

Ahad, 13 September 2015

CARA MASUKKAN LAGU DALAM BLOG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua! Apa khabar? Saya di sini, Alhamdulillah sihat. Okay, hari ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua cara nak masukkan lagu dalam blog pulak. Boleh tak? Hehe. Kalau tak boleh pun, apa salahnya kalau saya bolehkan jugak. :D Ilmu jugak kan. Something to learn and pick up!

Tak la susah mana pun kalau kita belajar kan? Yang penting usaha tu kena ada, wujud dan tersemai dalm diri insan yang bergelar pelajar! 

Yang mana mahu berjinak-jinak dengan blog, boleh lah follow tip mudah saya ni! Memang senang dan tak perlu pening-pening. Memandangkan saya pun baru nak bermanja dengan blog ni, saya turunkan sedikit ilmu yang saya dapat kepada kawan-kawan. Sebenarnya, saya pun masih baru belajar untuk mendalami kemahiran membuat blog ini. Apa salahnya kalau kemahiran ni kita korang bersama. So, let's go !

STEP 1

Dashboard --> Layout --> Add a gadget --> Javascript/ HTML



STEP 2

set up untuk lagu...korang boleh pergi  SCM Player..



STEP 3

korang pilih laa skin jenis apa yang korang nak....nanti just 'tick' pada bulatan tu tau....and tekan 'NEXT'...



second, korang boleh laa pilih lagu yang korang nak....
just type tajuk lagu and masukkan url lagu di dalam kotak yang disediakan.....

( pilih laa sebanyak mana korang nak sampai muntah laguu...huahua ) ...ehh jap, tak tau nak ambil url lagu kat mana?? ok, rujuk SINI...


kalau daa siap pilih, just tekan 'NEXT'...akan keluar page nie pulak..
ok, penuhkan ruang kosong tu dengan kreativiti korang...ueww.......

bilaa dah siap, korang hit jer button 'DONE'....


STEP 4

sekarang, korang boleh laa dapatkan kod untuk lagu korang tadi...just copy semua kod dalam box tu dan paste kan dalam javascript/ HTML seperti di langkah 1  tadi....
STEP 5

bila dah siap, apa lagi?? SAVE laaaa... 

selamat mencuba.. =)

Ahad, 6 September 2015

CARA MEMBUAT PETA MINDA

Assalamualaikum w.b.t. Jikalau di entry yang sebelumnya saya berkongsi tentang cara membuat nota ringkas, kali ini saya ingin berkongsi mengenai cara membuat peta minda. Caranya mudah sahaja. Ketekunan dan sifat sabar amat diperlukan untuk aktiviti ini. Tapi jangan risau, ia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan. Tapi sebelum itu, apa agaknya yang dimaksudkan dengan peta minda ni? Bagi yang belum tahu, ini ada suatu perkongsian ilmu untuk anda. :)

Apa itu peta minda?

Peta minda atau dikenali sebagai 'Mind Map' ditubuhkan oleh Tony Buzan di mana satu alat bagi membantu kita berfikir dan belajar dengan cara kaedahnya yang sangat berkesan untuk membuat nota dan sesuai menjanakan idea dalam sesuatu perkara. Peta minda ini dihasilkan di atas sehelai kertas atau di mana-mana sahaja yang anda suka. 

Peta minda ini mempunyai persamaan dengan nota ringkas yang saya sudah kongsikan pada entry sebelumnya iaitu, pendek, ringkas, padat dan mudah.

Yang bezanya hanyalah, struktur peta minda ini bercabang seakan-akan mempunyai akar yang tersusun dan dibuat dengan menggunakan pelbagai peralatan mengikut kemahiran dan citarasa pembuat.

Pelbagai stail boleh dibentuk untuk menghasilkan peta minda ini mengikut kreativiti masing-masing :)

Cara-cara untuk membuat peta minda adalah :
  • Cari semua maklumat berkaitan sesuatu bab yang hendak dibuat peta minda
  • Gunakan hanya kata kunci atau gambar rajah
  • Tulis tajuk utama di bahagian tengah dan subtopik keluar ke semua arah
  • Pergi ke setiap subtopik dan tuliskan kata kuncinya (input penting)
  • Ulang sehingga semua isi penting tercatat
  • Masa menyiapkannya antara 10-15 minit
  • Jangan terlalu mementingkan warna-warni sehingga mengambil masa yang lama
  • Sentiasa tekun dan sabar
  • Dapatkan keseronokan dan kepuasan 
Dibawah ini adalah contoh peta minda yang sudah siap dihasilkan.




Ringkas, padat dan cantik bukan? Nak baca pun tak mengantuk. Baru menarik sedikit nota kita ;) Colourful! Jadi, nak nota yang macam ni? Hasilkan lah sekarang mengikut kreativiti anda semua! Selamat mencuba! :D