Lagu

Ahad, 6 September 2015

CARA MEMBUAT PETA MINDA

Assalamualaikum w.b.t. Jikalau di entry yang sebelumnya saya berkongsi tentang cara membuat nota ringkas, kali ini saya ingin berkongsi mengenai cara membuat peta minda. Caranya mudah sahaja. Ketekunan dan sifat sabar amat diperlukan untuk aktiviti ini. Tapi jangan risau, ia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan. Tapi sebelum itu, apa agaknya yang dimaksudkan dengan peta minda ni? Bagi yang belum tahu, ini ada suatu perkongsian ilmu untuk anda. :)

Apa itu peta minda?

Peta minda atau dikenali sebagai 'Mind Map' ditubuhkan oleh Tony Buzan di mana satu alat bagi membantu kita berfikir dan belajar dengan cara kaedahnya yang sangat berkesan untuk membuat nota dan sesuai menjanakan idea dalam sesuatu perkara. Peta minda ini dihasilkan di atas sehelai kertas atau di mana-mana sahaja yang anda suka. 

Peta minda ini mempunyai persamaan dengan nota ringkas yang saya sudah kongsikan pada entry sebelumnya iaitu, pendek, ringkas, padat dan mudah.

Yang bezanya hanyalah, struktur peta minda ini bercabang seakan-akan mempunyai akar yang tersusun dan dibuat dengan menggunakan pelbagai peralatan mengikut kemahiran dan citarasa pembuat.

Pelbagai stail boleh dibentuk untuk menghasilkan peta minda ini mengikut kreativiti masing-masing :)

Cara-cara untuk membuat peta minda adalah :
  • Cari semua maklumat berkaitan sesuatu bab yang hendak dibuat peta minda
  • Gunakan hanya kata kunci atau gambar rajah
  • Tulis tajuk utama di bahagian tengah dan subtopik keluar ke semua arah
  • Pergi ke setiap subtopik dan tuliskan kata kuncinya (input penting)
  • Ulang sehingga semua isi penting tercatat
  • Masa menyiapkannya antara 10-15 minit
  • Jangan terlalu mementingkan warna-warni sehingga mengambil masa yang lama
  • Sentiasa tekun dan sabar
  • Dapatkan keseronokan dan kepuasan 
Dibawah ini adalah contoh peta minda yang sudah siap dihasilkan.




Ringkas, padat dan cantik bukan? Nak baca pun tak mengantuk. Baru menarik sedikit nota kita ;) Colourful! Jadi, nak nota yang macam ni? Hasilkan lah sekarang mengikut kreativiti anda semua! Selamat mencuba! :D

4 ulasan: