Lagu

Rabu, 2 September 2015

CARA MEMBUAT NOTA RINGKAS


Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua? Semoga semuanya baik-baik saja. Baiklah, pada entry kali ini saya ini berkongsi dengan anda semua, cara untuk membuat nota ringkas. Apa itu nota ringkas? Apa tujuannya? Dan apa pula caranya? Jom sama-sama kita 'terokai' ilmu yang saya nak kongsi ni! Jangan risau. Mudah sahaja caranya ;) Yang penting semangat kerajinan dan kesungguhan mesti kena ada. Yeahh !!

Okay. Yang pertama sekali. Apa itu nota ringkas?
Nota ringkas ialah suatu nota yang sudah dipendekkan dan nota yang sudah dapat disimpulkan daripada fakta atau suatu bahan pembelajaran untuk menjadi suatu nota yang mudah kerana terdapat "main point" atau "key point" yang sudah dikenalpasti. 

Ini adalah contoh nota ringkas. Ringkas bukan? Tak perlu panjang-panjang :)
 

Tujuan pembuatan nota ringkas ini adalah supaya kita lebih mudah memahami sesuatu fakta atau pembelajaran tanpa perlu membacanya dengan panjang berjela. Melalui nota ringkas inilah, pelajar akan lebih mudah untuk mempelajari dan mengingati suatu pembelajaran. Yang mudahnya, kita tak perlu membawa buku teks yang tebal-tebal untuk dibaca. Dengan nota ringkas ini sudah memandai. Bak kata orang, 'semua dalam satu'!

Dan bagaimana pula caranya? Cara membuat nota ringkas tersangat mudah. Tetapi, sebelum kita membuatnya, kita mestilah mengetahui teknik-tekniknya.Jangan risau dan jangan bimbang. Tekniknya juga mudah ;)

Antara teknik membuat nota ringkas adalah :
  1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
  2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan . 
  3. Baca dan garis fakta.
  4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
  5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
  6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
  7. Susun fakta ( jika perlu ).
  8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
  9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
  10. Ulang hingga kamu puas hati.
  11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
  12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
  13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.
Okay, di sini saya ingin berkongsi kunci kejayaan dalam menghasilkan catatan yang baik iaitu penggunaan perbendaharaan kata. Perbendaharaan kata akan menolong anda memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.

Dah tahu kan tekniknya? Sekarang jom kita lihat pula cara membuat nota ringkas :) 

 Cara-caranya ialah :

  1. Gunakan perkataan sendiri dan bukannya menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.
  2. Isinya mestilah disusun dengan teratur dan mengandungi perkara-perkara yang penting sahaja.
  3. Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
  4. Gunakan simbol-simbol yang anda dapat faham.
  5. Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting. 
Mudah dan senang bukan? Haaaaa, sekarang tunggu apa lagi? Cepat-cepat buat nota ringkas ni sebelum terlambat! 
Semoga bermanfaat dan terima kasih ! Bersua lagi di lain entry ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan