Lagu

Rabu, 2 September 2015

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Apa yang dimaksudkan dengan kemahiran memproses maklumat?

Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan didengari.

Tujuan? 

Tujuan memproses maklumat adalah supaya bahan berkenaan boleh menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan.

Jenis?

Terdapat dua jenis maklumat yang perlu diproses atau dianalisis iaitu maklumat berbentuk kuantitatif dan maklumat berbentuk kualitatif. Maklumat yang berbentuk kuantitatif adalah maklumat yang berkaitan dengan nombor manakala maklumat yang berbentuk kualitatif ialah maklumat yang berdasarkan teks, lakaran, rajah dan foto/gambar.

1.MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL.

Analisis dimaksudkan dengan
  • pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi
  • kemahiran berfikir asas untuk mengenal pasti sesuatu hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas
  • analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif dan gigih  

Tujuan menganalisis maklumat adalah untuk
  • meningkatkan kefahaman
  • menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui

 Terdapat dua kemahiran menganalisis secara kritis iaitu:
  • menganalisis idea
  • menganalisis hujah 
 Peringkat menganalisis idea

  1. Mengelas
  2. Membanding dan membeza
  3. Meneliti hubungan bahagian keseluruhan
  4. Membuat urutan
Peringkat menganalisis hujah
  1. Mengenalpasti unsur yang diguna dalam pemikiran seseorang.
  2. Mencari sebab dan kesimpulan
  3. Mengusul periksa andaian 
  4. Membuat urutan yang betul 
  5. Mengatur perkara mengikut susunan 
2. MENTAFSIR MAKLUMAT DAN MEMBUAT KESIMPULAN

Kemahiran ini adalah untuk:
  • mentafsir data-data yang telah dikumpul berdasarkan :
1. JADUAL


 
2. CARTA



3. GAMBAR

4. RAJAH
 dengan memberikan penerangan atau ulasan yang logik mengenai sesuatu:

PEMERHATIAN


UJI KAJI


PEMBOLEH UBAH

Apa tujuannya? 

Tujuan mentafsir maklumat dan membuat kesimpulanan adalah untuk: 
  • mengesan pola atau corak berdasarkan data yang diperolehi
  • menyatakan hubungan di antara data yang dikumpulkan
  • membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
Antara Prinsip Asas Pentafsiran ialah :
  • data yang holistik (menyeluruh)
  • memastikan keseimbangan dalam memberi idea dan pendapat
  • pentaksiran yang tidak menepikan unsur humanistik 

3. MENILAI MAKLUMAT 

Definisi 

1. Membuat pertimbangan mengenai :
  • nilai
  • idea
  • kerja
  • penyelesaian
  • kaedah
  • bahan
untuk tujuan tertentu.

 2. melibatkan penggunaan kriteria dan juga 'standard-standard' untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara itu tepat, berkesan dan memuaskan. 

Kriteria menilai maklumat 
  • Autoriti
  • Ketepatan maklumat
  • Saksama
  • Nilai semasa
  • Lengkap dan jelas
Ciri-ciri maklumat yang baik 
  • Tepat
  • Cepat
  • Lengkap
  • Ringkas 
  • Berkaitan
 4. MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS



Adalah kemahiran untuk :
  • mengolah
  • menjadikan data dalam bentuk baru
  • bersepadu
  • mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman baru 
Proses :
  • menggabungkan idea
  • menggubal semula
  • menyatukan idea-idea 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan